Thursday 8 September 2011

kakak2 dan abang2 degree sudah masuk...

7 haribulan september 2011...
tarikh karamat untuk kakak2 dan abang2 degree..
mereka perlu mendaftar di kolej pada tarikn itu.
pelbagai persiapan telah dibuat dikolej untuk menyambut mereka.
antaranya, khemah2 didirikan, meja2 pendaftaran disusun dan lain2 lagi.
teringat kenangan sewaktu mula-mula mendaftar dulu.
keadaan di kolej sewaktu hari kejadian sungguh meriah sekali.
banyak gerai-gerai dibuka disekitar kolej.
keadaan sesak dengan orang ramai yang terdiri dari ahli keluarga
mahasiswa/i.
buat kakak2 n abang2 degree semua.
selamat datang...

gempa bumi...

malam kejadian.. badan rasa sungguh penat..
baru jam 10 sudah rasa sangat mengantok..
masuk bilik terus berbaring atas katil..
mata mengantok tp x boleh tidur..
sekadar berbaring sj.
setelah lama berada atas katil akhirnya terlelap juga..
tiba-tiba (tak tahu jam berapa) tersedar kerana katil terasa bergoyang.
aku terus mengejutkan rakan sebilik kerana panik..
setelah berasa keadaan kembali seperti biasa, kami menyambung tidur semula.
tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.
rakan serumah membuka pintu dan mengejutkan semua penghuni.
rakan dari bilik lain mengejutkan kami dan menyuruh kami turut atas nasihat pasukan bomba.
kami mengikut arahan dengan berkumpul ditempat yang selamat.
setelah keadaan kembali tenang dan selamat, pihak bomba membenarkan kami pulang ke rumah masing-masing.
baru lah tahu yang kejadian katil bergoyang ialah gempa bumi.
alhamdulillah semua selamat, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
esoknya,dapat kabar berita tentang gempa yang berlaku di indonesia dan gegaranya terasa di beberapa negeri di malaysia. pengalaman pertama ini tidak mungkin saya lupakan.

http://www.informasi.my/gempa-bumi-di-sumatera-6-september-2011-gegaran-terasa-di-pulau-pinang-dan-perak/

Wednesday 7 September 2011

balik kampung...

setelah sekian lama menunggu...
tibalah hari yang dinantikan...
balik kampung untuk beraya dikampung bersama keluarga..
hari jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu.
sebab hari jumaat ialah hari terakhir kuliah sebelum cuti raya..
bermakna selepas habis kuliah boleh balik...
semua kelas petang telah dibatalkan
corong-corong radio mula memainkan lagu-lagu raya.
semangat untuk beraya semakin berkobar-kobar.
antara lagu yang berkumandang di radio antaranya, lagu ni..
dengar yea.


puasa tahun ini.....

entry kali ini dikendalikan mengunakan teknik 'flash back'... hehehehe....
tahun ini tahun pertama saya berpuasa jauh dari keluarga
start hari pertama berpuasa dah sahur dan berbuka puasa  bersama kawan-kawan.
sedih tu memang lah ada, maklum lah.. baru 1st time...
dah lama-lama tu biasa la..
best juga, dkt sini ramai kawan-kawan..
1st day seronok sangat..
paling seronok masa nak berbuka puasa..
beli juadah berbuka banyak sangat..
lupa pula pesan mak yang "membazir itu amalan syaitan"
sory mak..


Monday 5 September 2011

pertukaran sistem bas...

semua pelajar sudah diberitahu mengenai pertukaran sistem bas ke kampus.
pelajar dimaklumkan melalui portal my guru.
semua pelajar perlu mengambil perhatian.

jadual bas juga turut disertakan.
jadual dan laluan bas baru akan berkuat kuasa pada 22 ogos.
pada hari kejadian semua pelajar turun untuk pergi ke kelas seperti biasa.
disebabkan jadual bas yang sudah berubah, keadaan di pondok bas
agak kelam kabut.. saya bernasib baik kerana tiba di bilik kuliah tepat pada masanya.
beberapa orang rakan  lewat ke kelas.
mujur pensyarah memahami situasi yang kami alami.
pada hari kedua jadual bas baru digunakan, kaedaan semakin pulih.
pasa siswa/i sudah boleh mengurus masa masing-masing
walaupun banyak perbezaan antara sistem lama dan sistem baru.
siswa/i begitu cepat menyesuaikan diri mengikut keadaan.