Thursday 8 September 2011

gempa bumi...

malam kejadian.. badan rasa sungguh penat..
baru jam 10 sudah rasa sangat mengantok..
masuk bilik terus berbaring atas katil..
mata mengantok tp x boleh tidur..
sekadar berbaring sj.
setelah lama berada atas katil akhirnya terlelap juga..
tiba-tiba (tak tahu jam berapa) tersedar kerana katil terasa bergoyang.
aku terus mengejutkan rakan sebilik kerana panik..
setelah berasa keadaan kembali seperti biasa, kami menyambung tidur semula.
tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.
rakan serumah membuka pintu dan mengejutkan semua penghuni.
rakan dari bilik lain mengejutkan kami dan menyuruh kami turut atas nasihat pasukan bomba.
kami mengikut arahan dengan berkumpul ditempat yang selamat.
setelah keadaan kembali tenang dan selamat, pihak bomba membenarkan kami pulang ke rumah masing-masing.
baru lah tahu yang kejadian katil bergoyang ialah gempa bumi.
alhamdulillah semua selamat, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
esoknya,dapat kabar berita tentang gempa yang berlaku di indonesia dan gegaranya terasa di beberapa negeri di malaysia. pengalaman pertama ini tidak mungkin saya lupakan.

http://www.informasi.my/gempa-bumi-di-sumatera-6-september-2011-gegaran-terasa-di-pulau-pinang-dan-perak/

No comments:

Post a Comment